Tuesday 16 July 2013

Teka- Teki Rasulullah s.a.w

Assalamualaikum,,



hai semua..hari ni dah masuk hari ke-7 kite berpuasa..rasa macam 
sekejap je..huhuhu..saya doa kan agar kita sentiasa sihat untuk melakukan
ibadah kepada Allah.hari ni shamilin nak kongsikan teka- teki Rasulullah 
s.a.w.

   Suatu hari,Rasulullah s.a.w telah berteka- teki dengan para sahabat.
Baginda bersabda yang bermaksud:" Daripada pelbagai jenis pokok,
ada pokok daunnya tidak pernah gugur dan sifatnya seperti seorang
Muslim, apakah pokok tersebut??

   Para sahabat cuba meneka dan menamakan pelbagai jenis pokok
yang terdapat di lembah-lembah.

  Abdullah bin Umar yang meriwayatkan peristiwa ini berkata:
"Aku terfikir bahawa jawapannya mungkin pokok kurma,
tetapi aku segan untuk bersuara dalam kalangan orang yang
lebih dewasa (kerana beliau masih di usia kanak-kanak)".

Para sahabat bertanya:" Apakah jawapannya wahai 
Rasulullah??"

 Baginda bersabda lagi:"kurma". (Riwayat Muslim
no.5027 dan al-Tarmizi n0.2793)

  Demikianlah Baginda sentiasa mempelbagaikan pendekatan
tarbiah Baginda dengan mengajak para sahabat agar sentiasa
cerdas berfikir dan sentiasa mensyukuri nikmat dan 
pemberian Allah.

No comments:

Post a Comment