Friday 11 April 2014

Renungan Bersama




Assalamualaikum,,
Hari ini shamilin nak kongsi sedikit ilmu untuk renungan bersama.Harap dapat
memberi kesedaran kepada mereka yang masih leka dengan dunia semata-mata.
Insyallah..

Siapa Aku...

Subuhnya :
di mana aku berada :
masih enak dalam kelambu:
sambil berpoya – poya dengan waktu:
masa bagaikan menderu:
langkah bagai tiada arah tuju:
fikiran terus bercelaru terlupa:
aku semakin di hujung waktu:
siapa aku di depan tuhanku???

Zohornya :
aku lebih memikirkan kelaparan:
kehausan dan rehatku:
aku lebih mementingkan tuntutan jawatanku:
aku bertolak ansur dengan waktu:
aku gembira mengira keuntungan:
aku terlupa betapa besar kerugian:
jika aku menggadaikan sebuah ketaatan:
siapa aku di depan Tuhanku???

Asarnya :
aku lupa warna masa:
cepat berubah bagai ditolak – tolak:
aku masih dengan secawan kopiku:
terlupa panas tidak di hujung kepala:
aku masih bercerita:
tentang si Tuah yang setia:
dan si jebat yang derhaka:
siapa aku di depan Tuhanku???

Maghribnya :
aku melihat warna malam:
tetapi aku masih berlegar di sebalik tabirnya:
mencari sisa – sisa keseronokan:
tidak terasa ruang yang singkat:
jalan yang bertongkat – tongkat:
ruginya bertingkat – tingkat:
siapa aku di depan Tuhanku???

Isyaknya :
kerana masanya yang panjang:
aku membiarkan penat menghimpit dadaku:
aku membiarkan kelesuan mengganguku:
aku rela terlena sambil menarik selimut biru:
bercumbu – cumbu dengan waktu:
siapa aku di depan Tuhanku???

Kini :
aku menjadi tertanya – tanya :
sampai bila aku akan melambatkan sujudku:
apabila azan berkumandang lagi:
aku tidak akan membiarkan sejadahku menjadi sepi:
kerana di hujung hidup ada mati:
bagaimana jenazah akan disembahyangkan dan dibawa pergi???

Disini :
Jika diruangku dibiarkan kosong dan sunyi:
Jika wajahku menjadi asing pada bintang dan mentari:
Bagaimana aku ... di depan Tuhanku nanti....

Saturday 5 April 2014

Wanita Ciptaan Istimewa




1   1.  Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan
          (menjaga) malunya, sementara kegagahan seorang lelaki ialah terletak 
           sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) marahnya.

2. Orang yang membujang adalah orang yang belum menemukan penghibur
           duka dan dia baru memperolehinya dengan berkahwin.

3. Suami adalah orang yang mencari kebahagiaan hidup dengan 
          menghilangkan sebahagian kemerdekaannya.

4. Wanita menghadapi banyak permasalahan; sebahagian diatasi dengan 
           berkahwin dan sebahagian yang lain diatasi setelah dia masuk ke liang 
           kubur.

5. Mata yang paling indah tetapi juga harus diwaspada  adalah mata kaum 
          wanita.


6. Jangan menyalahkan perasaan isteri anda kerana perasaannya yang 
          terbaik ialah ketika ia  menerima anda sebagai suami. 

7. Perawan tua ialah wanita yang kehilangan kesempatan menyusahkan 
          seorang lelaki. 

8. Yang diinginkan seorang gadis dari dunia ini hanyalah seorang suami, 
          dan apabila ia sudah memperolehinya, ia menginginkan segala- galanya.

9. Wanita boleh memaafkan suatu pengkhianatan suaminya, tetapi dia 
           tidak boleh melupakannya.

10. Kecantikan wanita tidak bererti apa-apa dibandingkan dengan kemuliaan 
            akhlak dan perilakunya.

11. Sebelum kahwin, wanita hafal seluruh jawapan dan sesudah kahwin, ia 
            hafal seluruh pertanyaan.


12. Barangsiapa mengahwini wanita kerana hartanya, maka dia telah 
            menjual kemerdekaannya.

13. Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki 
            bermalam dalam kegelapan.

14. Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam 
            mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis.

15. Wanita tertawa bila ia mampu dan menangis apabila ia menginginkan 
            sesuatu..

16. Pudarlah kebahagiaan seorang wanita jika ia tidak mampu menjadikan 
            suaminya teman yang termulia.

17. Wanita sangat berlebihan dalam mencintai dan membenci, dan tidak 
            mengenal pertengahannya.

18. Wanita selalu tergolong manusia halus dan lembut sampai saat dia 
            berkahwin.


19. Tidak mungkin seorang lelaki hidup bahagia tanpa didampingi oleh 
            isteri yang mulia.

20. Wanita hidup untuk berbahagia dengan cinta, sementara lelaki 
            mencintai untuk hidup berbahagia.

21. Kebijaksanaan wanita terletak di dalam hatinya.

22. Seorang wanita yang bijaksana menambahkan gula pada kalimatnya
            setiap kali berbicara dengan suaminya, dan mengurangi garam pada 
            ucapan suaminya.

23. Cincin perkahwinan adalah cincin termahal di dunia, sebab 
            mengharuskan pemberinya mengingatkan harganya setiap 
            bulan tanpa henti.

24. Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangat cantik, yang ada ialah 
            kaum lelaki yang sangat lemah bila berhadapan dengan kecantikan.


25. Bagi lelaki, yang terakhir kali mati ialah jantungnya dan bagi wanita 
            adalah lidahnya.

26. Wanita tidak diciptakan untuk dikagumi semua lelaki tetapi sebagai 
             sumber kebahagiaan seorang suami.

27. Pada waktu bertunang, lelaki banyak berbicara dan perempuan 
            mendengarkan. Pada saat perkahwinan, perempuan berbicara dan 
            pengantin lelaki mendengarkan. Sesudah perkahwinan, suami dan 
            isteri banyak berbicara dan para jiran tetangga mendengarkan.
28. Setiap wanita mempunyai dua mata. Adapun wanita yang cemburu 
      berlebihan mempunyai tiga mata. Satu di sebelah kanan, satu di 
      sebelah kiri dan yang ketiga diarahkan kepada suami.

29. Wanita pada umumnya takut akan tiga hal : tikus, munculnya uban 
      dan wanita-wanita cantik yang menjadi saingannya.


30. Isteri yang bersikap jujur dan setia kepada suami meringankan 
       setengah beban kehidupan suaminya.

31. Seorang wanita menghadapi kesulitan apabila ia berada di antara 
      lelaki yang dicintainya dan yang mencintainya.