Assalamualaikum semua..
Hari ni umat islam di seluruh dunia dah mula puasa..Di kesempatan ini shamilin
nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua..harap ramadan kali ni lebih bermakna
dari tahun lepas..hari ini shamilin nak kongsi kan dengan korang semua tentang
ramadan..
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
Apabila datangnya bulan Ramadan, pintu-pintu syurga akan dibuka, manakala
pintu-pintu neraka akan ditutup, syaitan dirantaikan.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Huraian:
1) Perkataan Ramadan berasal dari kata dasar ra-mim-dal, yang bererti
panas atau panas yang menyengat.Perkataan ini berkembangan sehingga
ertinya membawa maksud menjadi panas atau sangat panas atau diertikan
juga sebagai hampir membakar.Oleh itu, makna ramadan boleh
diringkaskan sebagai waktu atau keadaan di mana seseorang merasa
panas, mulut terasa kering dan tenggorok terasa haus disebabkan
berpuasa.
2) Manakala perkataan puasa dalam bahasa Arab disebut Siyam atau
Soum.Kedua-duanya berasal daripada kata dasar Sa-wa-ma, di mana
secara etmologinya bererti menahan diri daripada segala larangan-Nya.
Hal ini dapat diwujudkan dengan adanya perasaan takut (takwa) kepada
Allah SWT.
3) Pada bulan Ramadan, umat Islam diwajibkan berpuasa kerana dengan
berpuasalah nafsu akak terdidik.Bahkan dengan rahmat Allah, segala
syaitan dan iblis dibelenggu dan Allah juga membuka pintu syurga dan
menutup pintu neraka.Maka dalam situasi demikian kita hendaklah
mengambil peluang untuk menguatkan jiwa dan rohani dengan
mengerjakan amal ibadah seperti solat tarawih dan membaca
al-Quran sesuai dengan kemuliaan dan kebesaran bulan tersebut.
4) Selain itu, Allah turut memberikan dorongan untuk kita berusaha
memperbanyakkan ibadah dengan melipat gandakan pahala serta
disediakan satu malam yang lebih baik iaitu Lailatulqadar di mana
kelebihannya menandingi 1000 bulan malam-malam biasa.
Harap perkongsian ini dapat menambahkan ilmu untuk kita semua.