Wednesday 11 June 2014

Kisah Pemuda Yang Nakal


Assalamualaikum semua..
Dalam sebuah riwayat mengatakan bahawa pada suatu hari Nabi Isa A.S sedang berjalan melalui sebuah kampung.Dalam kampung yang di lawati Nabi Isa A.S itu terdapat seorang pemuda yang sangat nakal bernama Qashar.Oleh sebab kenakalan yang melampau itu, apabila Nabi Isa A.S sampai di kampung itu, semua penduduk kampung itu memberitahu Nabi Isa A.S tentang masalah yang mereka hadapi itu.
Penduduk kampung itu memberitahu Nabi Isa A.S dengan berkata “ Seorang pemuda nakal sentiasa menutup air, mengotorkan air dan meludahi air, oleh itu kami harap kamu berdoalah kepada Allah S.W.T supaya pemuda nakal itu tidak dapat kembali ke kampung itu lagi.”
Setelah Nabi Isa A.S mendengar segala penjelasan dari penduduk kampung tersebut, maka Nabi Isa A.S pun berdoa “ Ya Allah, utuslah seekor ular supaya pemuda nakal itu tidak kembali lagi (mati) .”


Dikisahkan bahawa pemuda nakal itu telah menghampiri tempat air untuk menutupnya dengan kain dan dalam pada itu dia membawa bersamanya 3 keping roti dalam bungkusannya, apabila dia telah sampai di tempat air itu maka datang seorang ahli ibadat menghampirinya, yang mana ahli ibadat itu melakukan ibadat tidak jauh dari tempat air tersebut.

Ahli ibadat itu memberi salam sambil berkata “Adakah kamu membawa sesuatu yang mungkin kamu dapat berikan kepadaku, atau kamu tunjukkan sesuatu kepada ku sehingga aku dapat melihat, atau kamu tunjukkan kepadaku bagi aku melihat sabab aku telah merasa bau yang sangat sedap.Saya belum lagi pernah makan sesuatu yang sedemikian.

Apabila Qashar mendengar kata-kata ahli ibadah itu maka dia pun memberikan sekeping roti kepada ahli ibadah itu.Ahli ibadah itu pun mengambil roti tersebut dengan berkata “Mudah-mudahan Allah mengampuni dosamu dan membersihkan hatimu Qashar.”
Kemudian Qashar memberikan lagi sekeping roti, maka ahli ibadah itu menerimanya dengan berkata “Mudah-mudahan Allah membangunkan untuk kamu sebuah istana di dalam syurga.”
Setelah Qashar mendengar segala yang diucapkan oleh ahli ibadah itu maka dia pun kembali ke kampungnya, apabila orang-orang kampung melihat Qashar telah balik semula ke kampung maka mereka pun memberitahu Nabi Isa A.S.

Kemudian Nabi Isa A.S berkata “Panggil dia ke mari”
Maka merekapun memanggil Qashar ,dan Qashar pun berdiri di depan Nabi Isa A.S.
Nabi Isa A.S berkata “Wahai Qashar katakan kepadaku apakah kebaikan yang telah kamu lakukan hari ini”
Kemudian Qashar pun berkata “Sebenarnya sewaktu saya pergi dekat tempat air itu untuk membuat kerja seperti biasa, maka seorang ahli ibadah telah menghampiriku maka dia berkata dia belum pernah memakan makanan yang bau wangi seperti roti yang saya bawa, maka saya pun memberikan kepada ahli ibadah itu satu keeping roti , maka ahli ibadah itu pun berdoa untuk saya, sehingga saya memberikan kepada ahli ibadah itu ke semua tiga keping roti itu.”

Kemudian Nabi Isa A.S berkata “Wahai Qashar bawakan ke mari bungkusan kamu itu”
Maka Qashar pun kembali membawa bungkusannya dan memberikan kepada Nabi Isa A.S.Lalu Nabi Isa A.S pun membuka bungkusan Qashar itu, sebaik sahaja Nabi Isa A.S membukanya maka didapatinya bahawa ada seekor ular hitam telah diikat dengan tali besi.
Nabi Isa A.S berkata kepada ular “Wahai ular hitam”.Lalu ular itu menyambut kata Nabi Isa A.S lagi dengan berkata “Ya Nabi Allah.”

Berkata Nabi Isa A.S lagi “Bukankah aku telah perintahkan kamu supaya mematuk orang ini”
Berkata ular hitam “Ya memang benar, tetapi telah datang seorang ahli ibadah meminta dari Qashar dan Qashar telah memberikan kepadanya, dan ahli ibadah itu telah berdoa kepada Allah S.W.T sebanyak tiga kali dan tiba-tiba ada malaikat turut mengaminkan, kemudian Allah S.W.T telah mengutus seorang malaikat lalu mengikat aku dengan tai besi.

Setelah Nabi Isa A.S mendengar kata-kata ular hitam itu maka Nabi Isa A.S pun berkata “Wahai Qashar, mulai sekarang kamu buatlah baik, sesungguhnya Allah S.W.T telah mengampuni kamu”
Sebab yang dikatakan walau sebagaimana kita jahat sekalipun Allah S.W.T tetap sayangkan kita.
1. Allah S.W.T tidak memusnahkan kita apabila kita tidak mengerjakan perintahnnya
2. Dia tidak menghentikan rezekinya kepada kita
3. Dia tidak pendekkan umur kita
Allah S.W.T mencipta kita, maka dia itu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.Cinta Allah S.W.T kepada hambanya adalah 70 kali lebih cintanya seorang ibu terhadap anaknya.
Apabila kita tidak mahu melakukan perintahnya.Allah S.W.T tetap memberikan segala yang perlu kepada seseorang hambanya, tetapi adalah dengan tidak ada berkatnya.Cuba kita bandingkan kalau seorang itu memiliki seekor anjing, apabila anjing itu tidak mahu mendengar kata tuannya dan sebaliknya dia menggigit tuannya, adakah tuannya akan menyimpan anjing tersebut, sudah tentu anjing itu dibunuhnya.

Kalau kita diibaratkan dengan anjing, kita juga harus menerima nasib yang sama dari Allah S.W.T.Inilah yang dikatakan sifat Allah itu Maha penyayang, tidak ada sesuatu yang mempunyai atau menyamai sifat Allah S.W.T
“Ya Allah, jadikanlah kami orang yang sentiasa berterima kasih dengan apa yang kamu rezekikan kepada kami dan janganlah kamu jadikan kami dalam golongan orang-orang yang yang mendapat kemurkaanmu”


Tuesday 27 May 2014

Topup Murah-Murah..

 


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Okey hari ini shamilin nak kongsi kan benda baik dengan korang semua..shamilin dah lama join benda ni..so alang-alang shamilin join ni boleh lah shamilin ajak sesiapa yang nak jadi agen topup ni..shamilin tak ada kedai pun..just jual kat kawan-kawan face to face je..siapa-siapa pun boleh jual..korang tidak perlu mempunyai Ijazah atau Diploma untuk menjalankan perniagaan ini. Selagi korang mempunyai telefon bimbit, tahu menggunakan SMS, mempunyai modal yang kecil sahaja maka korang sudah boleh memulakan bisnes ini dan mampu melakukannya. korang juga tidak perlu mempunyai kedai, tidak perlu mendaftar perniagaan, tidak perlu menyimpan stok, tidak perlu menjaja, tidak perlu membuat demo produk yang ingin dijual, dan sebagainya. Malah, bukan korang mencari prospek, tapi prospek yang akan datang mencari korag! Kerana topup prepaid ini menjadi keperluan setiap hari kepada para pengguna handphone..

 Pertama sekali untuk memulakan bisnes topup ini korang mesti daftar dulu..RM30 je..murah kan..tak kan lah korang tak mampu kut..RM30 je kan.RM30 seumur hidup tau..bisnes topup ni daripada syarikat topup tau..untuk pendaftaran no fon korang shamilin yang uruskan..lepas tu korang dah boleh start..mesti korang tertanya-tanya betul ke bisnes jual topup ni..Tak kan lah tak betul..shamilin dah lama join benda ni..kalau tipu shamilin tak cakap lak kat korang..nanti kalau korang betul-betul nak jadi agen boleh wechat shamilin nanti shamilin bagi no akaun bank shamilin..kalau tipu boleh report polis..

Bagaimana? korang ingin menjadi agen bisnes jual topup? Dengan hanya mendaftarkan satu nombor, korang boleh menjual kesemua prepaid yang syarikat tawarkan, jom lihat kelebihan sebagai agen syarikat.
1.       Yuran keahlian murah
2.       Boleh upgrade keahlian pada bila-bila masa.
3.       Tiada yuran tahunan.
4.       Pendaftaran sekali seumur hidup.
5.       Semua orang boleh menyertai perniagaan ini.
6.       Pendapatan secara “real time”.
7.       Perkhidmatan server terbaik & pantas.
8.       Kadar keuntungan yang tertinggi (Sehingga 5%).
9.       Perkhidmatan top up 24 jam.
10.   Reload serta merta (easyreload) & Softpin.
11.   Tidak memerlukan premis perniagaan – Urusniaga hanya melalui HP
12.   Caj SMS yang minimum iaitu 1sen dengan active10, 8pax, Upax & Teman 20.
13.   Tidak memerlukan pekerja – Anda uruskan sendiri.
14.   Urusniaga di mana-mana sahaja – Mobile biz
15.   Tidak perlu menyimpan stok kad topup.
16.   Khidmat bantuan dari Careline.
17.   Bukan skim cepat kaya.
18.   Sistem ala MLM atau Multi Level Marketing.
19.   Tidak perlu maintain jualan.
20.   Tiada caj tambahan bagi tambah modal.
21.   Boleh mendaftarkan sendiri agen baru.
22.   Tidak perlu pergi ke kedai topup untuk topup.
23.   Keuntungan 100% daripada pendaftaran agen di bawah anda.
24.   Terima komisyen hasil jualan downline.

25.    Topup lebih murah daripada pasaran.
  
  korang mesti nak tahu macam mana benda ni berfungsi kan..



Mesti korang tertanya-tanya "banyak ke dapat untung??"..meh sini shamilin cite sikit pasal untung komisyen dan income..

  • Keuntungan pertama-(jualan topup)
  • Keuntungan kedua-(yuran melantik agen)
  • Keuntungan ketiga-(komisen dari jualan agen yang dilantik)
  • Keuntungan keempat-(komisen agen berganda)
sebenarnya benda ni atas usaha kita..semakin ramai agen bawah kita semakin banyak keuntungan yang kita dapat..sama juga dengan jualan topup..semakin ramai orang beli topup dengan kita, banyak lah dapat untung..dia menggunakan sms je..

kalau korang ada sebarangan pertanyaan,nak tahu lebih lanjut atau nak jadi agen(amat dialu-alukan)boleh wechat shamilin96 cepat-cepat tau..anytime shamilin akan layan semua karenah korang..okey thanks sudi baca..






  

Thursday 8 May 2014

Ke Perak Kah Kita!!!





Assalamualaikum semua n selamat sejahtera..

Mesti korang terfikir kan  merapuk apa shamilin ni dengan tajuk entry macam tu (Ke Perak Kah Kita)..Sebenar nya shamilin baru je tamat spm so dapat tawaran belajar kat Ipoh,Perak..Tapi shamilin macam tak yakin lak nak pergi..coz takut tak boleh bawak.

 Shamilin dapat offer study kat RCMP kt ipoh,perak..Kos diploma In Nursing..Kakak shamilin lah yang mintak kos ni..kan dah dapat..dulu masa sekolah form 4 gatal-gatal nak tukar kos..kan dah datang balik ..tu lah orang kata kalau kita dah ditakdirkan belajar benda tu lari sejauh mana pun kita jumpa balik dengan benda tu..huhuuhu..Tapi shamilin takut lah nak study nursing ni..dah kt sekolah dulu shamilin ambila akaun..takde kene megena pun dengan nurse ni..tapi disebabkan parents shamilin nak sangat shamilin jadi nurse so shamilin ikut je..

  Korang rase susah tak study kos nurse ni??Harap-harap tak sesusah shamilin fikir lah..cool je tengok kakak-kakak n abang-abang nurse yang comel ni belajar..bak kata mak shamilin jadi nurse dapat banyak pahala sebab tolong selamatkan nyawa orang..Dengan patuh shamilin pun terima je lah..mungkin ini takdir shamilin..semoga Allah permudahkan urusan shamilin...

  Shamilin daftar 21/6 ni..dah tak lama shamilin nak masuk...tak dapat dah nak bermanja-manja dengan parents n goyang kaki kat rumah..u tu belakang hospital besar ipoh, Raja Permaisuri Bainun..kalau orang kat kawasan tu panggil Kolej Perubatan Diraja Perak..nama sebenar Unikl Royal Collage Madicine Perak..kakak-kakak n abang-abang senior jangan buli shamilin tau nanti..hehehe..shamilin tahu kakak-kakak dan abang-abang senior baik-baik belaka kat RCMP..huhuhu

  Korang jangan lupa doa kan kejayaan shamilin menjadi nurse yang berjaya dan berwawasan..Insyallah..

Inner Bawal Murah-Murah Dan Comel-Comel

Assalamualaikum,,

For Serious Buyer Only!!!!
Ada sesiapa yang nak beli inner bawal..shamilin tolong kakak shamilin jual inner bawal..murah-murah je..kalau korang  borong banyak nanti dapat diskaun..harga kasih sayang je dengan korang semua shamilin bagi..

         Price:RM4(exclude postage)
         Material:Bawal Kangaroo
         Measurement:52cm/52cm
         Buy 10psc kebawah RM4
         Buy 20psc keatas RM3.45
         Buy 50psc keatas RM3.00

Ni antara warna inner bawal shamilin jual..:


Colour:

1.Royal                                6.Sky Blue
2.Teal                                   7.Turqoise
3.Baby Blue                         8.Cyan
4.Blue Green
5.Electric Blue


Colour:

9.Black                       14.Brown
10.Dark Grey             15.Gold
11.Light Grey             16.Sand
12.Khaki Brown
13.Cocoa


Colour:

17.Maroon                    22.Bubble Gum
18.Pulasan                     23.Pink
19.Red Tomato             24.Pinkish Pupple
20.Fuschia
21.Shocking Pink


Colour:

25.Plum                            30.Pink Purple
26.Royal Purple               31.Mustard
27.Ylum Purple                32.Milky Orange
28.Yam Purple
29.Greyish Purple



Colour:

33.Emerald                      38.Striking Red
34.Apple Green              39.Orange
35.Apple                         40.Soft Peach
36.Striking Green
37.Turqoise Green


Colour:

41.Peach                          46.Tangerine
42.Golden Cocoa             47.----------(sold out)
43.Seaform                       48.Chili Red
44.Cinnamon
45.Shock Green


Colour:

49.Coklat Gelap Pokok                54.Dark Blue
50.Coklat Muda                           55.------(out)
51.Coklat Emas Masak                56.Light pink
52.Putih                                       57.-----(sold out)
53.Cream                                     58-----(sold out)


Contoh pemakaian inner bawal:

ni pakai dengan selendang

 ni pakai dengan tudung syria

Colour dia mungkin berbeza sedikit dengan yang betul disebabkan pencahayaan lampu..Sebelum membuat pembayaran sila pastikan colour yang korang nak ada stok..sebarang pertanyaan atau urusan jual beli bolah text/whatsapp 0199547947..Kalau korang nak senang bolah je pergi kat fb nama ain nabila collection(inner bawal).. Happy shopping.. :))







Friday 11 April 2014

Renungan Bersama




Assalamualaikum,,
Hari ini shamilin nak kongsi sedikit ilmu untuk renungan bersama.Harap dapat
memberi kesedaran kepada mereka yang masih leka dengan dunia semata-mata.
Insyallah..

Siapa Aku...

Subuhnya :
di mana aku berada :
masih enak dalam kelambu:
sambil berpoya – poya dengan waktu:
masa bagaikan menderu:
langkah bagai tiada arah tuju:
fikiran terus bercelaru terlupa:
aku semakin di hujung waktu:
siapa aku di depan tuhanku???

Zohornya :
aku lebih memikirkan kelaparan:
kehausan dan rehatku:
aku lebih mementingkan tuntutan jawatanku:
aku bertolak ansur dengan waktu:
aku gembira mengira keuntungan:
aku terlupa betapa besar kerugian:
jika aku menggadaikan sebuah ketaatan:
siapa aku di depan Tuhanku???

Asarnya :
aku lupa warna masa:
cepat berubah bagai ditolak – tolak:
aku masih dengan secawan kopiku:
terlupa panas tidak di hujung kepala:
aku masih bercerita:
tentang si Tuah yang setia:
dan si jebat yang derhaka:
siapa aku di depan Tuhanku???

Maghribnya :
aku melihat warna malam:
tetapi aku masih berlegar di sebalik tabirnya:
mencari sisa – sisa keseronokan:
tidak terasa ruang yang singkat:
jalan yang bertongkat – tongkat:
ruginya bertingkat – tingkat:
siapa aku di depan Tuhanku???

Isyaknya :
kerana masanya yang panjang:
aku membiarkan penat menghimpit dadaku:
aku membiarkan kelesuan mengganguku:
aku rela terlena sambil menarik selimut biru:
bercumbu – cumbu dengan waktu:
siapa aku di depan Tuhanku???

Kini :
aku menjadi tertanya – tanya :
sampai bila aku akan melambatkan sujudku:
apabila azan berkumandang lagi:
aku tidak akan membiarkan sejadahku menjadi sepi:
kerana di hujung hidup ada mati:
bagaimana jenazah akan disembahyangkan dan dibawa pergi???

Disini :
Jika diruangku dibiarkan kosong dan sunyi:
Jika wajahku menjadi asing pada bintang dan mentari:
Bagaimana aku ... di depan Tuhanku nanti....

Saturday 5 April 2014

Wanita Ciptaan Istimewa




1   1.  Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan
          (menjaga) malunya, sementara kegagahan seorang lelaki ialah terletak 
           sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) marahnya.

2. Orang yang membujang adalah orang yang belum menemukan penghibur
           duka dan dia baru memperolehinya dengan berkahwin.

3. Suami adalah orang yang mencari kebahagiaan hidup dengan 
          menghilangkan sebahagian kemerdekaannya.

4. Wanita menghadapi banyak permasalahan; sebahagian diatasi dengan 
           berkahwin dan sebahagian yang lain diatasi setelah dia masuk ke liang 
           kubur.

5. Mata yang paling indah tetapi juga harus diwaspada  adalah mata kaum 
          wanita.


6. Jangan menyalahkan perasaan isteri anda kerana perasaannya yang 
          terbaik ialah ketika ia  menerima anda sebagai suami. 

7. Perawan tua ialah wanita yang kehilangan kesempatan menyusahkan 
          seorang lelaki. 

8. Yang diinginkan seorang gadis dari dunia ini hanyalah seorang suami, 
          dan apabila ia sudah memperolehinya, ia menginginkan segala- galanya.

9. Wanita boleh memaafkan suatu pengkhianatan suaminya, tetapi dia 
           tidak boleh melupakannya.

10. Kecantikan wanita tidak bererti apa-apa dibandingkan dengan kemuliaan 
            akhlak dan perilakunya.

11. Sebelum kahwin, wanita hafal seluruh jawapan dan sesudah kahwin, ia 
            hafal seluruh pertanyaan.


12. Barangsiapa mengahwini wanita kerana hartanya, maka dia telah 
            menjual kemerdekaannya.

13. Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki 
            bermalam dalam kegelapan.

14. Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam 
            mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis.

15. Wanita tertawa bila ia mampu dan menangis apabila ia menginginkan 
            sesuatu..

16. Pudarlah kebahagiaan seorang wanita jika ia tidak mampu menjadikan 
            suaminya teman yang termulia.

17. Wanita sangat berlebihan dalam mencintai dan membenci, dan tidak 
            mengenal pertengahannya.

18. Wanita selalu tergolong manusia halus dan lembut sampai saat dia 
            berkahwin.


19. Tidak mungkin seorang lelaki hidup bahagia tanpa didampingi oleh 
            isteri yang mulia.

20. Wanita hidup untuk berbahagia dengan cinta, sementara lelaki 
            mencintai untuk hidup berbahagia.

21. Kebijaksanaan wanita terletak di dalam hatinya.

22. Seorang wanita yang bijaksana menambahkan gula pada kalimatnya
            setiap kali berbicara dengan suaminya, dan mengurangi garam pada 
            ucapan suaminya.

23. Cincin perkahwinan adalah cincin termahal di dunia, sebab 
            mengharuskan pemberinya mengingatkan harganya setiap 
            bulan tanpa henti.

24. Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangat cantik, yang ada ialah 
            kaum lelaki yang sangat lemah bila berhadapan dengan kecantikan.


25. Bagi lelaki, yang terakhir kali mati ialah jantungnya dan bagi wanita 
            adalah lidahnya.

26. Wanita tidak diciptakan untuk dikagumi semua lelaki tetapi sebagai 
             sumber kebahagiaan seorang suami.

27. Pada waktu bertunang, lelaki banyak berbicara dan perempuan 
            mendengarkan. Pada saat perkahwinan, perempuan berbicara dan 
            pengantin lelaki mendengarkan. Sesudah perkahwinan, suami dan 
            isteri banyak berbicara dan para jiran tetangga mendengarkan.
28. Setiap wanita mempunyai dua mata. Adapun wanita yang cemburu 
      berlebihan mempunyai tiga mata. Satu di sebelah kanan, satu di 
      sebelah kiri dan yang ketiga diarahkan kepada suami.

29. Wanita pada umumnya takut akan tiga hal : tikus, munculnya uban 
      dan wanita-wanita cantik yang menjadi saingannya.


30. Isteri yang bersikap jujur dan setia kepada suami meringankan 
       setengah beban kehidupan suaminya.

31. Seorang wanita menghadapi kesulitan apabila ia berada di antara 
      lelaki yang dicintainya dan yang mencintainya.