Thursday 11 July 2013

5 Bonus Khas Ramadan


assalamualaikum..

Di bulan yang mulia ini shamilin suka sangat kongsi kan ilmu untuk 
kita semua.Walaupun tak seberapa harap-harap dapatlah 
menambah ilmu kita semua..kalau ada silap tolong tegur tau..
biasalah manusia selalu melakukan kesilapan..Hari ni shamilin 
nak kongsikan bonus khas beribadat pada bulan Ramadan.

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda
yang bermaksud: "Umatku diberikan lima perkara yang belum pernah
diberikan kepada umat-umat terdahulu ketika Ramadan iaitu:

Bonus 1: Bau mulut orang yang berpuasa itu lebih wangi daripada
              kesturi di sisi Allah.

Bonus 2: Para malaikat beristigfar untuk mereka sehingga mereka
              berbuka.

Bonus 3: Allah memperindahkan syurga-Nya setiap hari dan 
              berfirman: "Hampir-hampir hamba-hamba-ku yang
              soleh akan dicampakkan pelbagai kesukaran dan
              dan penderitaan lalu kembali kepadamu".(Mereka
              sanggup bersusah payah di dunia demi kebahagiaan
              hidup di dunia dan akhirat).

Bonus 4: Syaitan-syaitan dibelenggu, tidak dibiarkan lepas
              seperti pada bulan-bulan selain Ramadan.

Bonus 5: Mereka akan mendapat keampunan pada akhir
              malam (orang yang beramal akan disempurnakan 
              pahala amalan mereka setelah selesai 
              mengerjakannya)".

Mengenai bonus kelima ini, ada sahabat yang bertanya kepada
Baginda s.a.w.:"Ya Rasulullah, apakah itu berlaku pada malam
Laitatulqadar?"Baginda menjawab:"Bukan, tetapi pelaku 
kebaikan akan menyelesaikan amalan".(Riwayat Ahmad) 

No comments:

Post a Comment