Friday, 11 April 2014

Renungan Bersama




Assalamualaikum,,
Hari ini shamilin nak kongsi sedikit ilmu untuk renungan bersama.Harap dapat
memberi kesedaran kepada mereka yang masih leka dengan dunia semata-mata.
Insyallah..

Siapa Aku...

Subuhnya :
di mana aku berada :
masih enak dalam kelambu:
sambil berpoya – poya dengan waktu:
masa bagaikan menderu:
langkah bagai tiada arah tuju:
fikiran terus bercelaru terlupa:
aku semakin di hujung waktu:
siapa aku di depan tuhanku???

Zohornya :
aku lebih memikirkan kelaparan:
kehausan dan rehatku:
aku lebih mementingkan tuntutan jawatanku:
aku bertolak ansur dengan waktu:
aku gembira mengira keuntungan:
aku terlupa betapa besar kerugian:
jika aku menggadaikan sebuah ketaatan:
siapa aku di depan Tuhanku???

Asarnya :
aku lupa warna masa:
cepat berubah bagai ditolak – tolak:
aku masih dengan secawan kopiku:
terlupa panas tidak di hujung kepala:
aku masih bercerita:
tentang si Tuah yang setia:
dan si jebat yang derhaka:
siapa aku di depan Tuhanku???

Maghribnya :
aku melihat warna malam:
tetapi aku masih berlegar di sebalik tabirnya:
mencari sisa – sisa keseronokan:
tidak terasa ruang yang singkat:
jalan yang bertongkat – tongkat:
ruginya bertingkat – tingkat:
siapa aku di depan Tuhanku???

Isyaknya :
kerana masanya yang panjang:
aku membiarkan penat menghimpit dadaku:
aku membiarkan kelesuan mengganguku:
aku rela terlena sambil menarik selimut biru:
bercumbu – cumbu dengan waktu:
siapa aku di depan Tuhanku???

Kini :
aku menjadi tertanya – tanya :
sampai bila aku akan melambatkan sujudku:
apabila azan berkumandang lagi:
aku tidak akan membiarkan sejadahku menjadi sepi:
kerana di hujung hidup ada mati:
bagaimana jenazah akan disembahyangkan dan dibawa pergi???

Disini :
Jika diruangku dibiarkan kosong dan sunyi:
Jika wajahku menjadi asing pada bintang dan mentari:
Bagaimana aku ... di depan Tuhanku nanti....

Saturday, 5 April 2014

Wanita Ciptaan Istimewa




1   1.  Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan
          (menjaga) malunya, sementara kegagahan seorang lelaki ialah terletak 
           sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) marahnya.

2. Orang yang membujang adalah orang yang belum menemukan penghibur
           duka dan dia baru memperolehinya dengan berkahwin.

3. Suami adalah orang yang mencari kebahagiaan hidup dengan 
          menghilangkan sebahagian kemerdekaannya.

4. Wanita menghadapi banyak permasalahan; sebahagian diatasi dengan 
           berkahwin dan sebahagian yang lain diatasi setelah dia masuk ke liang 
           kubur.

5. Mata yang paling indah tetapi juga harus diwaspada  adalah mata kaum 
          wanita.


6. Jangan menyalahkan perasaan isteri anda kerana perasaannya yang 
          terbaik ialah ketika ia  menerima anda sebagai suami. 

7. Perawan tua ialah wanita yang kehilangan kesempatan menyusahkan 
          seorang lelaki. 

8. Yang diinginkan seorang gadis dari dunia ini hanyalah seorang suami, 
          dan apabila ia sudah memperolehinya, ia menginginkan segala- galanya.

9. Wanita boleh memaafkan suatu pengkhianatan suaminya, tetapi dia 
           tidak boleh melupakannya.

10. Kecantikan wanita tidak bererti apa-apa dibandingkan dengan kemuliaan 
            akhlak dan perilakunya.

11. Sebelum kahwin, wanita hafal seluruh jawapan dan sesudah kahwin, ia 
            hafal seluruh pertanyaan.


12. Barangsiapa mengahwini wanita kerana hartanya, maka dia telah 
            menjual kemerdekaannya.

13. Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki 
            bermalam dalam kegelapan.

14. Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam 
            mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis.

15. Wanita tertawa bila ia mampu dan menangis apabila ia menginginkan 
            sesuatu..

16. Pudarlah kebahagiaan seorang wanita jika ia tidak mampu menjadikan 
            suaminya teman yang termulia.

17. Wanita sangat berlebihan dalam mencintai dan membenci, dan tidak 
            mengenal pertengahannya.

18. Wanita selalu tergolong manusia halus dan lembut sampai saat dia 
            berkahwin.


19. Tidak mungkin seorang lelaki hidup bahagia tanpa didampingi oleh 
            isteri yang mulia.

20. Wanita hidup untuk berbahagia dengan cinta, sementara lelaki 
            mencintai untuk hidup berbahagia.

21. Kebijaksanaan wanita terletak di dalam hatinya.

22. Seorang wanita yang bijaksana menambahkan gula pada kalimatnya
            setiap kali berbicara dengan suaminya, dan mengurangi garam pada 
            ucapan suaminya.

23. Cincin perkahwinan adalah cincin termahal di dunia, sebab 
            mengharuskan pemberinya mengingatkan harganya setiap 
            bulan tanpa henti.

24. Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangat cantik, yang ada ialah 
            kaum lelaki yang sangat lemah bila berhadapan dengan kecantikan.


25. Bagi lelaki, yang terakhir kali mati ialah jantungnya dan bagi wanita 
            adalah lidahnya.

26. Wanita tidak diciptakan untuk dikagumi semua lelaki tetapi sebagai 
             sumber kebahagiaan seorang suami.

27. Pada waktu bertunang, lelaki banyak berbicara dan perempuan 
            mendengarkan. Pada saat perkahwinan, perempuan berbicara dan 
            pengantin lelaki mendengarkan. Sesudah perkahwinan, suami dan 
            isteri banyak berbicara dan para jiran tetangga mendengarkan.
28. Setiap wanita mempunyai dua mata. Adapun wanita yang cemburu 
      berlebihan mempunyai tiga mata. Satu di sebelah kanan, satu di 
      sebelah kiri dan yang ketiga diarahkan kepada suami.

29. Wanita pada umumnya takut akan tiga hal : tikus, munculnya uban 
      dan wanita-wanita cantik yang menjadi saingannya.


30. Isteri yang bersikap jujur dan setia kepada suami meringankan 
       setengah beban kehidupan suaminya.

31. Seorang wanita menghadapi kesulitan apabila ia berada di antara 
      lelaki yang dicintainya dan yang mencintainya.


Saturday, 28 December 2013

Keimanan Dan Ketakwaan Kepada Allah



   Iman boleh diibaratkan sebagai akar kepada sebatang pokok. Biji benih tidak akan mengeluarkan tunas tanpa didahului oleh akar yang menjunam ke bumi. Pokok yang tumbuh tanpa akar yang menjunam ke dasar bumi akan tumbang pada bila-bila masa. Manakala takwa pula adalah buah lazat yang terhasil daripada sebatang pokok yang subur dan indah menjadi tujuan utama para penanamnya. Demikian juga dengan iman dan takwa pada diri seseorang mukmin, tanpanya bererti Muslim hanya pada nama sahaja. Rasulullah SAW bersabda:

“Bukanlah keimanan itu sesuatu yang boleh dicita-cita dan dihias-hias, tetapi ia adalah sesuatu yang mantap dalam sanubari dan dibuktikan dengan amalan”.

Sayidina Ali RA ketika menjelaskan takwa pula menyebut takwa ialah:

“Takut kepada Rab al-Jalil, beramal dengan wahyu yang diturunkan dan menyediakan bekal untuk perjalanan yang jauh ke negeri akhirat”.

Oleh itu iman dan takwa mestilah diletakkan sebagai asas kepada binaan tamadun manusia. Sesebuah pembangunan yang tidak diasaskan kepada asas iman dan takwa dikhuatiri akan terjebak kepada penyelewengan terhadap peraturan Allah dan syariat-Nya serta mencerobohi alam tanpa batas dan kawalan. Sebab itu, al-Qur’an sejak awal-awal lagi menegaskan:

“Adakah mereka yang mengasaskan binaannya (masjid Dhirar) berasaskan takwa dan Mardati’Llah itu lebih baik ataukah mereka yang mengasaskannya di tepi jurang yang dalam, lalu jatuh tersungkur bersama yang membinanya ke dalam neraka jahanam (itu yang lebih baik):: …”.
(al-Taubah: 109)

Kepentingan iman dan takwa kepada sesebuah tamadun memang tidak dapat dinafikan lagi; bukan sahaja kepentingan dari segi fizikal dan materialnya dengan mendapat keamanan, keharmonian dan kemakmuran dengan rezeki yang halal dan baik untuk kesihatan fizikal, tetapi juga yang lebih penting ialah dari segi menagih kasih sayang Allah dan kemurahan-Nya. Dalam hal ini banyak firman Allah yang membicarakan kebaikan-kebaikan yang bakal terima oleh insan yang bertakwa kepada Allah SWT Antaranya ialah firman Allah SWT yang bermaksud.:

“Sekiranya penduduk negeri itu beriman dan bertakwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka pintu-pintu keberkatan dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa dengan sebab usaha perbuatan mereka”.
(Al-A`raf : 96)

Takwa adalah bekal sepanjang perjalanan manusia di dunia. Takwa tidak boleh ditinggalkan sama sekali walaupun sekadar beberapa waktu, kerana dengan adanya takwa semua pekerjaan seseorang akan menjadi ibadah. Tanpa takwa, syaitan akan menyelit dalam jiwa manusia dan memusnahkannya. Tanpa takwa juga sesuatu perbuatan yang dilakukan akan menjadi hambar dan sia-sia malah mungkin juga akan terjebak dengan perlakuan lagha dan mungkar.

 Sebab itu Rasulullah memperingatkan:

“Bertakwalah kepada Allah di mana sahaja kamu berada dan ikutilah amal buruk yang kamu telah lakukan dengan amalan yang baik supaya ia menghapuskannya serta berakhlaklah dengan manusia dengan akhlak yang terpuji”.

Sabdanya lagi:

“Bertakwalah kepada Allah walaupun dengan seulas buah tamar”.

Hadis ini membawa maksud, jikalau hanya dengan menderma seulas tamar, seseorang boleh terlepas dari azab neraka, hendaklah ia melakukannya, kerana seksaan api neraka tidak tertanggung oleh sesiapa pun. Oleh itu, takwa dan iman amat diperlukan dalam proses pembinaan jati diri seseorang dan juga sistem hidup bermasyarakat dan bernegara.

Bagaimana takwa boleh diusahakan
Al-Imam al-Nawawi ketika menghuraikan sifat Ihsan mengatakan: “Seseorang hamba tidak akan dapat mencapai tingkat takwa selagi tidak mencapai tingkat Ihsan”. Sabda Rasulullah SAW menegaskan insan:
“Ihsan itu ialah engkau beribadah kepada Allah seolah-olah engkau melihat Allah, sekiranya engkau tidak melihat Allah, yakinlah bahawa Allah sedang memerhati kamu”.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sifat muraqabatu’Llah11 mempunyai hubung kait yang amat erat dengan keimanan yang sebati dalam jiwa manusia. Keimanan kepada Allah yang memiliki sifat al-Sami` (Maha Mendengar) dan al-Basir (Maha Melihat) terhadap apa sahaja perlakuan hamba-Nya. Mustahil bagi Allah memiliki sifat-sifat lemah sebagaimana yang ada pada makhluk seperti tidur, lalai, leka dan sebagainya. Dalam pada itu juga Allah SWT memiliki sifat-sifat al-Muntaqim.12 Keyakinan terhadap sifat-sifat Allah di atas membawa seseorang hamba malu dan gerun untuk melakukan sesuatu yang dimurkai-Nya. Di sinilah munculnya ihsan dan takwa.

Peranan iman dan takwa dalam kehidupan masyarakat pelbagai etnik dan agama juga amat jelas apabila baginda Rasulullah SAW menghubungkan perintah berbuat baik kepada jiran dengan keimanan terhadap Allah dan hari akhirat. Sebagaimana sabda baginda SAW:

“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah ia memuliakan jirannya...”.

Perkataan jiran dalam hadis ini, tidak dibatasi oleh agama dan warna kulit, tetapi merangkumi makna yang luas iaitu siapa sahaja yang menjadi jiran kepada seseorang Muslim dan mukmin ia mestilah dimuliakan. Demikian juga dengan amaran Rasulullah SAW:

“Sesiapa yang menyakiti dhimmiku (orang bukan Islam yang mendiami negara Islam dan membayar cukai jizyah) bermakna dia menyakiti ku”.


Dalam pada itu pula Rasulullah SAW memberikan kebebasan penuh kepada bukan Islam untuk mengamalkan agama mereka semasa baginda memerintah Madinah.

Monday, 9 September 2013

Rintihan Hati





Assalamulaikum semua,,

hari ni shamilin nak kongsikan tentang tajuk entry shamilin iaitu rintihan hati..sikit
sebanyak mengajar shamilin tentang kehidupan..dan ade nasihat untuk pemilik cinta
semua.


Pernahkah kamu merasakan, bahawa kamu mencintai seseorang, meskipun kamu tahu ia tak sendiri lagi, dan meskipun kamu tahu cintamu mungkin tak berbalas,tapi kamu tetap mencintainya,

Pernahkah kamu merasakan, bahwa kamu sangguh melakukan apa saja demi seseorang yang kamu cintai, meski kamu tahu ia takkan pernah peduli ataupun ia peduli dan mengerti, tapi ia tetap pergi.

Pernahkah kamu merasakan hebatnya cinta, tersenyum kala terluka, menangis kala bahagia, bersedih kala bersama, tertawa kala berpisah , Aku pernah,.........
Aku pernah tersenyum meski kuterluka karena kuyakin Tuhan tak menjadikannya untukku, Aku pernah menangis kala bahagia, kerana kutakut kebahagiaan cinta ini akan sirna begitu saja, Aku pernah bersedih kala bersamanya, kerana kutakut aku kan kehilangan dia suatu saat nanti, dan......

Aku juga pernah tertawa saat berpisah dengannya, kerana sekali lagi, cinta tak harus memiliki, dan Tuhan pasti telah menyiapkan cinta yang lain untukku. Aku tetap masih mencintainya, meski ia tak dapat kurengkuh dalam pelukanku, kerana memang cinta ada dalam jiwa, dan bukan ada dalam raga. Semua orang pasti pernah merasakan cinta.. baik dari orang tua... sahabat.. kekasih dan akhirnya pasangan hidupnya.

Buat temanku yg sedang jatuh cinta.. selamat yah.. kerana cinta itu sangat indah.Semoga kalian selalu berbahagia. Buat temanku yg sedang terluka karena cinta... Hidup itu bagaikan roda yang terus berputar, satu saat akan berada di bawah dan hidup terasa begitu sulit, tetapi keadaan itu tidak untuk selamanya, bersabarlah dan berdoalah kerana cinta yang lain akan datang dan menghampirimu.

Buat temanku yang tidak percaya akan cinta... buka hatimu jangan menutup mata akan keindahan yang ada di dunia maka cinta membuat hidupmu menjadi bahagia. Buat temanku yang mendambakan cinta.. bersabarlah.. kerana.... cinta yang indah tidak terjadi dalam sekejap.. Tuhan sedang mempersiapkan segala yang terbaik bagimu. 

Buat temanku yang mempermainkan cinta.... Sesuatu yang begitu murni dan tulus bukanlah untuk dipermainkan. Cinta bukan suatu kehampaan. Semoga kalian berhenti mempermainkan cinta dan mulai merasakan kebahagiaan yang seutuhnya.

"God gives every bird it's food, but He does not throw it into it's nest."

Monday, 19 August 2013

Cinta Dan Perkahwinan





Assalamualaikum semua,,

dah seminggu lebih shamilin tak update blog..coz shamilin busy.so sekarang ade mase
yang terluang ni shamilin nak kongsi kan satu cerita dengan korang semua...tajuk dia
best sangat mesti korang tak sabar nak baca..huhuuhu..iaitu CINTA DAN
PERKAHWINAN..kepada sesiapa yang sedang mencari cinta sejati sesuai sangat
dengan tajuk untuk korang..hihiihi..semoga menjadi pedoman untuk kita semua.

Satu hari, Plato bertanya pada gurunya, "Apa itu cinta? Bagaimana saya boleh menemukannya?


Gurunya menjawab,"Ada ladang gandum yang luas di depan sana. Berjalanlah kamu dan tanpa boleh mundur kembali, kemudian ambillah satu saja ranting. Jika kamu menemukan ranting yang kamu anggap paling menakjubkan, ertinya kamu telah menemukan cinta" Plato pun berjalan, dan tidak seberapa lama, dia kembali dengan tangan kosong, tanpa membawa apapun.


Gurunya bertanya, "Mengapa kamu tidak membawa satupun ranting?"
Plato menjawab, "Aku hanya boleh membawa satu saja, dan masa berjalan tidak boleh mundur kembali (berbalik). Sebenarnya aku telah menemukan yang paling menakjubkan, tapi aku tak tahu apakah ada yang lebih menakjubkan lagi di depan sana, jadi tak ku ambil ranting tersebut. Ketika ku melanjutkan berjalan lebih jauh lagi, baru kusedari bahawasanya ranting-ranting yang ku temukan kemudian tak sebaik dan secantik ranting yang tadi, jadi tak ku ambil sebatang pun pada akhirnya"
 
Gurunya kemudian menjawab "Jadi itulah yang dikatakan cinta"
Pada hari yang lain, Plato bertanya lagi pada gurunya, "Apa itu perkahwinan? Bagaimana saya boleh menemukannya?"

Gurunya pun menjawab "Ada hutan yang subur di depan sana. Berjalanlah tanpa boleh mundur kembali (menoleh) dan kamu hanya boleh menebang satu pohon saja. Dan tebanglah jika kamu menemukan pohon yang paling tinggi, kerana ertinya kamu telah menemukan apa itu perkawinan"

Plato pun berjalan, dan tidak seberapa lama, dia kembali dengan membawa pohon. Pohon tersebut bukanlah pohon yang segar/subur, dan tidak juga terlalu tinggi. Pohon itu biasa-sederhana saja, tidak terlalu lurus batangnya. Gurunya bertanya, "Mengapa kamu memotong pohon yang seperti itu?"

Plato pun menjawab, "Sebab berdasarkan pengalamanku sebelumnya, setelah menjelajah hampir setengah hutan, ternyata aku kembali dengan tangan kosong. Jadi dikesempatan ini, aku lihat pohon ini, dan ku rasa tidaklah buruk sangat, jadi ku putuskan untuk menebangnya dan membawanya ke sini. Aku tidak mau menghilangkan kesempatan untuk mendapatkannya" Gurunya pun kemudian menjawab, "Dan itulah yang dikatakan perkahwinan"

Oleh itu carilah cinta dan dapatkan perkahwinan. Kerana kita tidak mungkin memperoleh sebenar seperti yang kita impikan. Hidup ini hanya kesempatan yang sedikit dan sementara. Tidak mungkin akan terpenuhi segala yang kita mahu. Terimalah seadanya apa yang Allah dah tentukan untuk kita..




Wednesday, 7 August 2013

Doa Dilembaran Baru Usiaku




Assalamualaikum semua...

Segala puji bagi Allah Tuhan Seru Sekelian Alam, Selawat dan Salam Untuk Nabi Muhammad saw, Ahli Keluarganya dan Sahabat-sahabatnya.Terima kasih ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih juga untuk setiap cobaan yang Engkau turunan. Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Terima kasih kerana keluarga bahagia yang Engkau amanahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku…. Tetapi terlalu sedikit pengabdianku terhadap-MuEngkau tetap menerima walaupun terkadang aku alpa, aku lupa. Aku silap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besarnya kasih-Mu….Engkau tetap melindungiku walaupun terkadang aku kalut merunggut ketika saat-saat lemahku datang. Aku tak pernah menafikan hak-Mu sebagai Khaliq walaupun terkadang terbuai dengan kesedihan yang amat perit.Ampunkan aku ya Allah apabila aku merintih nasibku di hadapan-Mu, kepada siapa lagi harus aku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini ya Allah… namun aku hanya hamba-Mu yang dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpah kasih sayang-Mu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.Dalam usia bagini….. aku ingin lebih dekat pada-Mu ya Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini…. Aku ingin lebih merindui-Mu ya Rahiim. Dalam usia meniti senja ini aku ingin selaku mengabdikan diri sekudusnya terhadap-Mu. Dalam usia ubanan ini yang aku inginkan hanyalah ketenagan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih kepada yang sudi.Ya Muhaimin…Pimpinanlah tangan hamba-Mu ini.. pimpinanlah hati hamba-Mu ini akan sentiasa berpijak ke atas jalan kebenaran.Ya Al Quddus… sebagai hamba-Mu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku… bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti Titian Silatulmustakim-Mu dengan tenang dan mudah tanpa cela.Ya Al Hakim…berilah aku kekuatan dan semangat serta ilham agar aku mampu terus membimbing anak-anak muridku yang sangat dahagiakan ilmu. Berikanlah aku keikhlasan yang jitu agar dapat aku mencurahkan ilmu yang engkau kurniakan kepada anak-anak didikku supaya lahir generasi masa depan yang terus mendokong perintah-Mu… Berilah aku kesabaran dalam menangani karenah generasi muda yang sangat mencabar keimanan dan kesabaranku… hulurkanlah aku kebijaksanaan agar aku mampu memacu kalam keinsanan hingga tiba masanya Engkau menjemputku pergi.Ya Allah…Sesungguhnya kematian itu benar…. Alam kubur itu benar…..Hari Pembalasan itu juga benar….Hari ini, semakin hampir aku kepada Alam Kematian…. Semakin dekat aku dengan Alam Kubur… semakin takut aku terhadap Hari Pembalasan… izinkan aku dalam usia yang semakin sedikit ini aku mengaut sebanyaknya himpunan pahala, untuk ku jadikan bekalan kehidupan yang tiada penghujungnya nanti.


Saturday, 27 July 2013

Cara Memilih Sahabat

Assalamualaikum semua..



hai semua..kawan-kawan blogger saya sihat??hari ni shamilin nak
kongsi kan cara-cara memilih sahabat..shamilin
pun ada sahabat jugak..tapi dalam bersahabat kita mesti nak 
sahabat kita tu yang baik.orang kata sahabat ni boleh membawa kita 
kearah kebaikkan dan ada jugak kearah keburukan..so pandai-
pandai lah pilih sahabat.. 

NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya: Pertama, pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan. Kedua, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia sukamenghitung-hitungkan (menyebutnya). Ketiga, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenaikeburukan dirimu ia suka menutupinya. Keempat, pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu,dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu. Kelima, sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan  sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu. Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia. 

 Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara : "Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, ..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu." "sampaikanlah walau satu ayat" al hadis LAA HAULAWALA QUWWATAILLA BILLAH -